Want your
own Fotopage?











 
shahrilphotography

By: shahril majid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Oct-2009 13:58 Email | Share | Bookmark
coming soon www.shahrilmajid.com

 


www.shahrilmajid.com

special to my father, my mother & to all majid's son include sheila majid, malaysian Jazz singer.


27 tahun dahulu.. seorang insan kerdil dilahirkan tanpa apa-apa ditangan sama ada kamera atau wang ringgit lahir ke dunia ini. Tanpa sebarang senjata dibekalkan untuk sama-sama bersaing demi untuk hidup sempurna hingga ke tahap ini. saya fikir Tuhan maha adil kerana menciptakan kita tanpa apa-apa kelebihan di tangan untuk berjaya. Teringat kata-kata manusia hebat bernama HAMKA katanya, manusia itu jikalau tiada apa-ada dimilikinya, dia masih ada 2 perkara iaitu 'masa' dan 'Tuhan'.

Orang eropah sering mengsamakan Masa itu dengan wang..they said "time is money"
dan masa berlalu dari masa ke semasa, sekitar tahun 2000 saya telahpun berjinak-jinak sebagai web designer dan semasa itu saya sudah dapat berbangga dengan web sendiri. www.shahrilmajid.tripod.com menjadi bukti hasil kerja saya pada masa itu. masa itu saya cuma mampu bercita-cita untuk mengidamkan hosting dengan domain sendiri.

Tahun 2008 adalah satu percubaan saya untuk menceburi dunia blogger dan akhirnya lahir www.shahrilmajid.fotopages.com dan www.shahrilmajid.blogspot.com. www.shahrilmajid.fotopages.com pada masa itu cuma menyimpan hasil koleksi lukisan portrait yang dapat saya siapkan dalam masa 3 hari berbanding 1 saat dengan merakamkannya dengan kamera Digital. Perhaps my work is tend to portraiture dan sehingga kini saya masih lagi mencari identiti dalam seni portrait sama ada dalam bentuk lukisan atau fotografi.

www.shahrilmajid.blogspot.com adalah sekadar menyahut seruan blogger-blogger pada masa itu, sometime it's just to challenge myself. Tidak semua yang kita rancang dapat berjalan dengan lancar, malangnya semua karya saya didalam www.shahrilmajid.blogspot.com lenyap sekelip mata angkara "hacker" yang busuk hati. Masa terus berputar tanpa ada rehat seperti mana kita sendiri yang tiada berhenti untuk bernafas. Akhirnya pada hari ini tanggal 31 oktober 2009 saya telah berjaya merebutkan domain sendiri diantara 12 bilion penduduk dunia ini berbekalkan tanpa apa-apa ditangan 27 tahun dahulu.

pada hari ini saya lancarkan web peribadi www.shahrilmajid.com walaupun masih di peringkat pembinaan. sampai masa dan ketika, bila siap sepenuhnya saya akan maklumkannya sebagai sumbangan besar saya pada agama, bangsa dan tanah air.

semoga kemunculan laman web ini kelak ibarat kelahiran sebuah karya seni untuk semua. Much Love!

shahrilmajid
founder / Principal photographer
www.putrafoto.com

kepada semua yang wish my birthday, thank you very much.. kalo boleh attach sekali dengan hadiah eyy, Nak NIKON D700 satu.

" manusia cuma hidup sekali, rebutkan kesempatan yang ada untuk sekali yang mungkin"-shahrilmajid.



Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.