 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
shahrilphotography
 By: shahril majid
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 13-Oct-2009 12:28 |
Email | Share | Bookmark |
|
My client wedding masuk surat khabar..
|
|
Pengantin berarak guna skuter
Gurun : seorang kakitangan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) memilih untuk berarak menggunakan skuter berkuasa tinggi dari Kelab Motosikal SYM Malaysia (SMBC) begi memeriahkan perkahwinannya dengan seorang kakitangan awam Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Mohammad Qhairi Mohd Sufian, 25, dan pasangannya Khairul Faizah Abdul Rahman, 25 masing-masing bertugas di JPJ Wangsa Maju dan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur diiringi 40 skuter berkuasa tinggi bagi mengabdikan detik indah persandingan mereka.
Terdahulu, mereka yang menaiki kereta diiringi skuter berkenaan dari rumah pengantin perempuan di Jeniang, Sik dan sebaik tiba disini, pengantin itu yang berbaju sedondon menunggang skuter sejauh dua kilometer untuk ke ibu bapa Mohammad Qhairi.
Mohammad Qhairi yang ditemui berkata, dia berterima kasih kepada bapanya Mohd Sofian Ishak, 52, yang juga ahli SMBC kerana mencadangkan mereka diarak dengan diiringi sekuter berkuasa tinggi itu.
“ Alhamdulillah idea ini bukan saja mendapat sokongan isteri saya, malah ahli SMBC bersetuju menjadi pengiring majlis perkahwinan kami berdua,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi SMBC, Mohd Salleh Abd Rahman berkata, program seumpama itu merapatkan hubungan sesame ahli kelab berkenaan yang mencecah 100 orang daripada pelbagai kaum.
Katanya, kelab itu diwujudkan sejak sembilan bulan lalu dan dianggotai ahli dari seluruh negara, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Terengganu.
Dipetik dari BERITA HARIAN 13 oct 2009
saya menerima email dari pengunjung dari laman web ini tadi yang musykil samaada pengantin yang dimaksudkan dalam surat khabar berita harian, hari ini adalah pengantin didalam entry yang telah saya terbitkan tadi. “Yes, it’s true” pasangan tersebut ialah Qhairi & Eyza. Sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, saya juga turut merasa kemeriahan suasana hari bersejarah mereka. Tiada apa yang lebih bermakna dari melihat setiap detik yang telah kami rakamkan ditatap dengan penuh senyuman.
more pictures Qhairi & Eyza wedding availabe here http://putrafoto.com
Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|