Want your
own Fotopage?











 
shahrilphotography

By: shahril majid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Oct-2009 14:14 Email | Share | Bookmark
Dapatkah manusia itu dapat hidup aman..

...
Akta Hakcipta 1987 (Copyright Act 1987) Segala karya-karya kita rupanya adalah dilindungi oleh undang-undang. Dalam Akta 332 AKTA HAKCIPTA 1987, ada di istilahkan bahawa istilah ‘pencipta’ berhubungan dengan fotograf, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk mengambil fotograf itu dibuat; maknanya mereka mempunyai kuasa keutamaan samaada untuk membenarkan atau tidak ianya digunakan bagi sebarang tujuan di masa hadapan.

Betapa pentingnya kita memahami maksud HAK CIPTA itu sendiri. Anda mungkin akan sedar hal ini jika anda adalah seorang pereka cipta suatu hari nanti. Tapi cuba banyangkan apakah perasaan anda jika apa yang telah anda hasilkan kemudian diguna sewenang-wenang tanpa keizinan anda, walaupun dalam apa benyuk tujuan sekali pun.

Hakcipta merupakan salah satu daripada jenis harta intelek. Dr. Reda Abdul Rahman Wahdan menjelaskan, “Harta intelek ialah sesuatu yang merujuk kepada barang-barang tak ketara dan hak-hak yang wujud daripadanya tidak boleh dikesan dengan pancaindera, tetapi ia dikesan dengan fikiran;

Bertuahnya menjadi manusia kerana kita berakal dan dapat berfiikir.

Kenapa saya menyentuh soal hak cipta ini?? Kerana dukacita, masih ada lagi yang masih tidak faham akan maksud kata-kata ini. Pernah seorang ini telah menggunakan gambar-gambar yang pernah dihasilkan oleh saya sendiri dan digunakan tanpa rasa berdosa atau bersalah untuk kegunaan peribadi. Selalunya karya-karya saya akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka adalah pelanggan saya yang sah.

Tetapi saya begitu kecewa bila orang yang dibelakang kamera tidak dihargai apatah lagi dihormati. Restu dan izin orang yang dibelakang kamera itu di ’perleceh’ dan dipermainkan.

Nilai foto itu ada nilai harganya tetapi nilai sesuatu foto adalah bersifat subjektif, dan ada kadang-kala tidak dapat ditandingi oleh wang ringgit.Walau apa cara sekali pun menggunakan harta benda hasil dari titik peluh orang lain adalah sesuatu perbuatan yang terkutuk pernah saya dengar.

Sebagai orang yang amat menghargai nilai seni, saya sememangnya tidak dapat bertolak ansur dengan orang seperti ini. Gambar yang pernah dihasilkan oleh saya, tanpa disedari dan keizinan rupa-rupanya penuh dihiasi di blog, friendster, facebook, avatar dan mail chat. Setahun berlalu, ada sebab kenapa saya tidak meredhakan semua foto itu kini digunakan dimuka bumi ini lagi.

Saya amat menghargai mereka yang mengambil gambar-gambar disini, fotopages dan sebagainya. Bagi saya, ini adalah symbol penghargaan pada saya. Apatah lagi pada mereka yang menghantar email memohon keizinan, mungkin gambar ini ada nilai bagi mereka.Bukanlah maksud saya untuk tidak membenarkan pengunjung laman ini untuk ‘save as’ gambar disini. Anda masih lagi bebas menggunakan gambar-gambar disini, Tapi niat saya hanya untuk mengajar hanya SEORANG ‘gurl’ dimuka bumi ini yang tak faham bahasa!..

Semoga hal ini menjadi panduan dan teladan untuk kita dimuka bumi ini, sekadar ingin mengingat kan diri saya dan anda semua. Cukuplah SEORANG yang seperti itu, kerana saya tidak mahu ramai lagi orang seperti itu berada di sekeliling kita.

Saya bukan jenis yang berdendam tetapi mereka yang tidak reti bertanggungjawab ini perlu diberi pengajaran.Hampir setahun berlalu tetapi orang ini belum menerima pengajaran yang berguna bagi dirinya.

i didn't mean to look down on others, but what matters most is what we can learn from it

Hamka mengambil semangat daripada kata-kata Nabi Muhammad S.A.W dengan menulis, "Surat itu rupanya diperbuat daripada jiwa, bukan dengan tangan. Apa yang bergelora dalam sanubari, ditumpahkan pada kertas. Dan bagi yang membaca, tentu jiwanya kena".

Hal ini sebenarnya mudah untuk difahami, tetapi Ada mata kenapa tak cukup celik, ada telinga kenapa macam badak!!

“You must take personal responsibility. You cannot change the circumstances, the seasons, or the wind, but you can change yourself. That is something you have charge of. - Jim Rohn

Responsibility is the price of greatness. - Winston Churchill

You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today. - Abraham Lincoln

Good people do not need laws to tell them to act responsibly, while bad people will find a way around the laws. – Plato



Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.