Want your own Fotopage?

|
|
shahrilphotography
 By: shahril majid
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Sunday, 25-Apr-2010 13:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Last Entry..
|
|
Hari ini 25 April 2010, maka tamatlah perjuangan saya dalam fotopages ini. Fotopages ini saya simpan untuk masa hadapan untuk membukti siapakah shahrilmajid sebelum ini. Kira-kira tiga tahun yang lalu.. saya berada disini bukan lah sebagai seorang jurufoto, tetapi sekadar meluahkan perasaan sebagai seorang pelukis. Fotopages ini hadir dulu sebelum kamera saya wujud dan syukur kerana kamera saya sekarang sudah mempunyai madu-madunya sendiri pada hari ini.
Saya terpaksa meninggalkan fotopages ini kerana faktor masa saya yang tidak mengizinkan. Tidak dinafikan fotopages ini menerima ramai pengunjung berbanding blog saya yang lain termasuk dari brunai, Singapore, dan Indonesia. Fotopages ini juga merupakan tempat dimana kita berkongsi pengalaman dan kemahiran bersama satu ketika dahulu.
Teknologi Teknologi maklumat berkembang pesat selaras dengan peredaran zaman dan kini saya menyahut perubahan itu. Terlalu banyak yang perlu diterokai dalam bidang photografi sebenarnya. Serentak dengan itu, saya tinggalkan fotopages dan berhijrah ke domain saya yang baru www.shahrilmajid.com/blog saya merasa amat bertuah sekali kerana dalam 6 bilion penduduk di dunia ini, saya adalah orang yang berjaya memiliki domain shahrilmajid. Itulah yang saya mempu hasilkan hasil dari kerja menangkap gambar..
Ketika ini saya mempunyai dua buah blog yang menjadi nyawa dan bayang saya di dunia fotografi ini. Ketika saat penulisan ini direncanakan, laman fotografi perkahwinan putrafoto telah berjaya mencatat pengunjung sebanyak 9675 orang sejak dilancarkan 9.9.9 Penghijrahan ini amat penting bagi saya kerana penghijrahan adalah adalah selangkah permulaan untuk perubahan seterusnya yang akan datang. Jika kassim selamat mempunyai seksafon sebagai nyawanya dalam hidup kemasyarakatannya.. shahrilmajid hanya mempuyai kamera.
Mungkin ada menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh ini, tetapi pada tarikh ini saya mengakhiri entry didalam fotopages ini. Apa yang termampu saya doakan ialah semoga tuhan menghadiahkan kita sebuah pertemuan didalam JANNAH. Semoga kita berjumpa di blog baru, Don't cry because it's over. Smile because it happened.. Temui saya di http://shahrilmajid.com/blog/
With love..
shahrilmajid
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Mobile : 013-429 0077
Twitter : http://twitter.com/putrafoto
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589
To all of my friend, just for you www.shahrilmajid.com/blog
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Apr-2010 14:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The cutie monkey
|
|
Mirror - mirror on the bike, who is the pretties of them all !
Rasanya lama saya tidak singgah di blog ini sebagai seorang yang mempunyai hobi fotografi, sejak 2009, asyik gambar kahwin saja kan. Kadang-kadang saya lupa bahawa ada antara mereka lebih sukakan saya sebagai blogest berbanding jurugambar perkahwinan. mereka sukakan foto-foto jounalis yang menggambarkan peristiwa semasa. sebagai seorang yang memiliki kamera, saya juga tidak keberatan untuk berkongsi gambar-gambar yang telah saya rakamkan kerana saya pasti tidak semua bertuah untuk berbuat sedemikian. Hari ini saya kembali untuk menghidupkan dunia fotopages dan dunia blogest kembali.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Apr-2010 00:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Redza & Ilyana
|
|
Redza & Ilyana
Loc : Sham Homestay
Date : 20 Mac 2010
Ada ketikanya sesuatu gambar itu lebih hidup jika dihasilkan tanpa bantuan ‘flash’ atau speed light. Kenapa saya berpendapat begitu, sebenarnya kita dikurniakan 24 jam sehari dan dalam tempoh tersebut kita dianugerahkan dengan keadaan cahaya yang berbagai-bagai. Keadaan cahaya yang berbagai-bagai inilah yang dapat menentukan suhu dan situasi subjek . Peredaran matahari dari timur ke barat akan memberi isyarat untuk mengukur waktu sambil mengingatkan hubungan kita dengan tuhan.
Kadang-kala saya memerlukan bayang-bayang untuk menonjolkan keduduakn subjek, emosi serta keadaan rupabentuk subjek. Ini lah yang saya cari ketika menyempurnakan tugasan album storyboard. Bagi saya, untuk menceritakan sesuatu dengan jelas, waktu kejadian perlu diungkapkan dengan jujur melalui sumber cahaya yang ada (available light).
Sometimes the simplest picture are the hardest to get.
Dalam dunia fotografi, kita mahu apa yang bakal dirakamkan nanti sebolehnya ditatap dengan penuh kepuasan mengikut tema yang telah di setkan dalam minda seseorang. Saya selalu mencabar diri sendiri dan rakan-rakan saya dalam putrafoto untuk menggunakan segala apa yang ada dikeliling mereka tanpa menggunakan peralatan yang canggih. Mungkin ‘available light’ merupakan teman saya yang paling hebat yang pernah saya jumpa bagi membantu saya mendapatkan hasil foto yang lebih realistic.
Kecantikan dan seni fotografi saling berkait-rapat antara satu sama lain. Saya percaya, semua juru foto dalam dunia ini sedang mencari kecantikan dalam semua sudut lensa kamera mereka. Malang sekali kecatikan itu adalah sesuatu yang subjektif untuk ditafsirkan. Baru-baru ini saya sempat berkongsi pengalaman dengan seorang pemilik studio foto berbangsa cina di sebuah bandar. Saya terus menunjukkan beberapa contoh foto yang pernah saya hasilkan dan foto – foto ini sebenarnya telah menjadi pilihan oleh seorang juru foto perkahwinan mat saleh.
Tetapi bagi pemilik kedai ini yang sudah berpuluh-puluh tahun berurusan dengan pelanggan fotonya, beliau berpendapat rata-rata pelanggannya masih lagi belum bersedia untuk menerima foto-foto artistic. Mereka lebih sukakan gambar-gambar yang formal. Like national anthem you know, katanya. Kalau boleh semua seluruh anggota mahu masuk dalam frame. Adalah sesuatu yang merugikan bagi mereka jika menerima foto-foto seperti kasut, cincin, gambar terpotong itu dan ini dan sebagainya.
Saya kira sudah tiba masanya untuk kita melenyapkan mentaliti seperti ini. This is a ART and art is very related with wedding photographer. Tanpa seni dan kreativiti dalam sesuatu fotografi perkahwinan, ia akan kelihatan seperti foto-foto lain yang boleh dirakam dengan telifon bimbit.
Ketika penulisan sedang dikarang, saya masih lagi mendalami seni fotografi perkahwinan bangsa lain yang mungkin boleh saya adaptasi untuk bakal-bakal klient saya. Tiba-tiba saya terjumpa perkataan ‘shadi’ dalam sebuah majalah perkahwinan terbitan tempatan. Yes, this is what I looking for right now..
To be continue ..
Jangan curang ya, hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day.
Our talents are the gift that God gives to us… What we make of our talents is our gift back to God.
~ Leo Buscaglia
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Mar-2010 05:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Hafidz & Nurdini
|
|
Majlis Pertunangan Hafidz & Nurdini
kepala Batas, Alor Setar
Photography : shahrilmajid
Videograpgy : Moksin
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Mar-2010 14:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
sham & Suzy
|
|
Majlis Perkahwinan Sham & Suzy
Bukit Mertajam
14 March 2009
Photographer : shahrilmajid
harith
Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa dalam kerja-kerja fotografi, tugasan tidak habis di tempat penggambaran sahaja. Proses editing perlu diteruskan bagi menghidupkan foto yang telah dirakam supaya hasil fotografi dari putrafoto mempunyai identitinya sendiri. kerja-kerja suntingan ini sebenarnya memerlukan peruntukan masa yang sesuai kerana seni itu akan lebih cantik jika dilakukan dengan penuh ketelitian. Kadang-kadang, saya memerlukan masa hampir seharian untuk meneliti dan memahami foto-foto yang telah diambil sebelum memulakan proses editing. pada hari kedua barulah proses editing dapat dimulakan 'excited' sekali. yes, maybe this is how i learn to get the feeling.
baru-baru ini saya berkesempatan menonton sebuah rancangan berkaitan dengan perkahwinan ala bollywood. Majlis tersebut penuh dengan romantik dan bewarna warni. From time to time, i keep study on how to create your weddings seromantik yang mungkin. saya tidak menafikan, pengaruh fotografi saya akhir-akhir ini banyak dipengaruhi oleh gambar-gambar yang anda biasa lihat dari filem hindustan..
Minggu lepas saya baru sahaja selesai dari lokasi penggambaran di stesen keretapi. suasana disana sudah cukup mengilhamkan saya sebuah scene yang saya inginkan selama ini. Jangan risau kerana anda tidak perlu menari di atas kepala keretapi untuk itu..
Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day
"If you enjoy what you do, you'll never work another day in your life."
-Confucius
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
find us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Mar-2010 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rie & Laila
|
|
Majlis Perkahwinan Rie & Laila
14 mac 2010
Teloi timur
Tidak kira sesiapa pun manusia di muka bumi ini, setiap orang mahu kelihatan cantik dan anggun. Kecantikan telah menjadi sesuatu yang sinonim sejak dahulu lagi, sejak zaman Cleopatra hingga kezaman materialistic sekarang. Betapa ruginya kecantikan itu ditatap hanya dalam tempoh sesaat. Sebagai jurugambar, putrafoto memahami bahawa setiap orang mahu kelihatan cantik dimana sahaja apatah lagi didalam album gambar dimana ia bukan sahaja mampu ditatap oleh seorang dua tetapi mungkin oleh seluruh kaum keturunan.
Sebagai jurufoto, saya ingin memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna di hadapan kamera kerana saya percaya setiap pelanggan kami mahu mereka kelihatan cantik dihadapan kamera dan mungkin di depan abang fotografer. Pada pendapat saya, kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif untuk ditaksifkan, seekor burung helang mungkin akan kelihatan gagah jika dilihat dari pandangan hadapan, tetapi mungkin tidak bagi mereka yang suka melihatnya dari pandangan sisi.
sebagai bakal pengantin, anda mesti tahu dimana keindahan majlis anda. untuk mencari dimana kecantikan tersebut, serah sahaja kepada kami.
Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day
“Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali.”- Bung Karno
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Feb-2010 13:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Burhan & Wan
|
|
Majlis Perkahwinan Burhan & Wan
14 Februari 2010
Kampung bujang, Merbok
Dalam bidang digital photography, yang paling mahal di dunia ini adalah masa selain nyawa kita sendiri. Dalam bahasa inggeris, masa disebut sebagai 'time', manakala dalam bahasa arab, masa disebut sebagai saa'h. 'Masa' bagi saya ialah masa untuk mengedit, masa untuk memandu untuk ke tempat majlis klient, masa untuk menghantar gambar ke kedai untuk dicuci, masa untuk ke pejabat pos untuk menghantar album.
Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila sesuatu peristiwa dapat diterjemahkan dalam bentuk foto yang indah. Di putrafoto, kami memahami bahawa setiap waktu yang berdetik sewaktu majlis perkahwinan berlangsung amat bernilai kerana sebenarnya masa amat pantas berlalu ketika itu, jesteru ia perlu dirakamkan sebaik mungkin.
Bermula dari majlis perarakan pengantin, merenjis tawar, makan beradab hinggalah ke sesi ‘outdoor’ sebenarnya masa ketika itu terlalu pantas untuk dinikmati. Dalam sesi fotografi versi ‘putrafoto’, sebenarnya element romantic sudah menjadi kemestian dari mula hingga akhir. Dalam sesi fotografi sekalipun, laki-laki dan perempuan harus bekerjasama bagi menghasilkan karekter yang hidup didalam sesebuah album. Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali. Begitulah pentingnya kerjasama antara setiap pengantin dalam menjayakan sesebuah tugasan fotografi.
Jangan curang tau.. hold the line and stay with me. call 013-429 0077 to book for your big day.
“ berikan aku seribu orang dan dengan mereka akan aku gerakkan gunung semeru. Beri aku sepuluh pemuda yang membara cintanya kepada tanah air dan aku akan menggoncang dunia” – Bung karno, Presiden pertama Indonesia
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Feb-2010 02:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Hasan & Dilla
|
|
Hasan & Dilla
Kupang, Baling
14 Januari 2010
Ramai yang bertanya kepada saya, apakah yang membuatkan sesebuah foto itu cantik dan menarik.? bagi saya, yang membuatkan foto itu menarik ialah "photographer" atau 'juru foto' atau 'juru gambar' atau 'tukang gambar'. Hasil dari kreativiti merekalah maka sesuatu subjek yang nampak muram dapat dieksploitasikan sebaik mungkin. Mungkin tidak semua mempunyai kemahiran seperti ini kerana pandangan kita masing-masing adalah berbeza.
Dalam kepanasan dunia global ketika ini, tugas sebagai jurugambar sangat menuntut kesabaran. Mungkin istilah 'back light' adalah terma baru bagi anda, tetapi bagi saya selama tempoh penggambaran diluar, back light adalah perkara yang perlu diawasi selalu. Kekuatan cahaya pada ketika ini adalah lebih dari biasa. Ketika sesi fotografi Hasan & Dilla, cuaca masih lagi belum mempunyai tanda-tanda untuk redup walaupun ketika itu waktu sudah melewati 6 petang.
Mungkin ada antara mereka berasa janggal apabila saya masih menggunakan flash ketika matahari tegak di atas kepala. Tetapi hal ini adalah perlu untuk mengimbangi 'lighting' kepada subjek di hadapan kamera. untuk mengimbangi kekuatan 'lighting' kepada subjek, ianya tidaklah begitu mudah. ianya sukar dipelajari dari sebuah nota, tetapi ianya dari pengalaman semata-mata. Begitulah sukarnya melakukan aktiviti sesi fotografi perkahwinan dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang.
Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day
" Cinta kepada kecantikan adalah citarasa, mencipta kecantikan adalah seni "
-RALPH WALDO EMERSON
(Penyajak Amerika, Pensyarah dan pengarang, 1903-1882)
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Feb-2010 15:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis High – Tea Puspanita & Pelancaran Tlaga Secret Skin
|
|
Majlis High – Tea Puspanita & Pelancaran Tlaga Secret Skin
Hotel Seri Malaysia
30 Januari 2010
“Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.”
— Maya Angelou
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jan-2010 03:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menghargai nilah sebuah pakej photography
|
|
Mamak..kasi kira, Nikon D300 satu, Tammy 18-50mm 2.8, Nikkor 70-200mm 2.8, Sigma 11-16mm, Tripod, Tamron 70-200mm 2.8, teh ais, masuk buku eyy.. chowww..
Dipetik secara bebas
Artikel Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >>] [Archive]
|
|
 |
|